~Move On~

we just have to keep moving on

Friday, January 21, 2011

Usaha dan Alasan

"Aku dah penat dah belajar,macam2 aku dah usaha,tapi result tang tu jugak.."
"Si A tu tak belajar pun, aku belajar bagai nak rak,sama je result aku ngan si A tu, buat apa aku belajar lebih2?"

Astaghfirullah..
Pernahkah kita berkata begitu atau terfikir sebegitu? Sesungguhnya kata-kata sebegitu bisa melemahkan aqidah kita..
ingatlah sesungguhnya kita ni hanya manusia yang lemah,hanya mampu berusaha,dan Allah yang menentukan segala-galanya.

Teringat sebuah kisah umat Nabi Musa di zaman Firaun yang ternukil dalam Al-quran , Surah Al-A'araf:131

فَإِذَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡحَسَنَةُ قَالُواْ لَنَا هَـٰذِهِۦ‌ۖ وَإِن تُصِبۡہُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَطَّيَّرُواْ بِمُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُ ۥۤ‌ۗ أَلَآ إِنَّمَا طَـٰٓٮِٕرُهُمۡ عِندَ ٱللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (١٣١)
Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

ye,sesungguhnya,apabila datang nikmat Allah kepada mereka, mereka angkuh dengan berkata bahawa semua rezeki ini datang daripada hasil usaha mereka, akan tetapi apabila bala Allah datang menimpa, mereka menyalahkan ALllah..Nauzubillah..
Apabila kita mula mencari alasan atas apa yang menimpa diri kita, Allah akan mula menarik nikmat masa dan ketika itulah kita sering merasakan apa yang kita buat serba tak kena dan masa terasa terlalu singkat..
Ketika itu, jiwa kita akan merasa sakit, dan hati keruan untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan pendirian hidup sebagai seorang Muslim.

sebagai seorang muslim,kita tidak boleh lari dari konsep tawakkal..Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh, serahkan segalanya pada Allah..Kalau kita tak dapat apa yang kita nak sekarang, yakinlah bahawa itu hanyalah ujian Allah S.W.T untuk kita tingkatkan lagi usaha kita, untuk tingkatkan lagi darjat kita. Dan ingatlah bahawa Allah sebenarnya memandang usaha yang kita lakukan untuk capai sesuatu, bukan hasil atau keputusan yang kita dapat..

Apabila diri ini ditanya bagaimana tips2 ana belajar + sibuk ngan persatuan, ana sebenarnya memang tak tau nak jawab macamana.Ana tak rasa diri ana sibuk,ana rasa ramai lagi orang yang lebih2 busy daripada ana.bagi ana, apa sahaja yang kita lakukan, buat sehabis baik, tak kiralah bab studi ke bab belajar atau yang lain.dan bagi ana doa adalah senjata utama, rajin2 pohon doa dan restu dari ibu bapa dalam apa2 yang kita lakukan.Berdoalah agar apa sahaja masa yang kita korbankan di jalan Allah ada barakahnya dan dikira di sisi Allah kerana pandangan Allah lah yang paling utama.

Ada 3 benda yang merosakkan diri kita,yang sentiasa ada dalam hati manusia
1- sifat kedekut
2- hawa nafsu
3- rasa diri hebat

Jadi. sama-samalah kita berusaha menjauhkan menghilangkan sifat-sifat ini dalam diri kita,especially bab riya' yang memang paling susah nak jauhkan. Bila ada orang puji kita, sedarlah bahawa semua nikmat ltu datang dari Allah dan dia boleh tarik nikmat dari kita bila-bila masa sahaja..Itulah pentingnya sentiasa tajdidkan niat kita dalam apa sahaja yang hendak kita lakukan. walaupun sedikit sahaja perasaan riya' yang timbul dalam hati, langsung tak guna pun amalan yang kita lakukan.
thus,kena sentiasa check balik niat kita dia awal,semasa dan selepas sesuatu amalan.Gapailah REDHANYA,kerana itu yang utama.
Wallahua'lam..

Sekadar peringatan buat diri yang lemah ini..